Tuesday, October 19, 2010

Esei Ctu(Masjid)

Masjid yang pertama di bina ialah masjid Quba.Masjid ini telah di bina oleh Rasulullah S.A.W.Pada zaman sekarang di seluruh pelosok dunia setiap negara pasti mempunyai masjid kerana ramai orang telah memeluk agama islam.Masjid merupakan lambang kepada umat islam serta merupakan tempat untuk umat islam sembahyang berjemaah.Malahan masjid juga dijadikan sebagai institusi pengajian pada zaman dahulu,ceramah-ceramah agama juga di adakan di masjid serta golongan tabliq menyampaikan dakwah di masjid.Masjid juga diibaratkan sebagai tempat suci serta sebagai rumah Allah.Organisasi bagi masjid ialah pengerusi,bendahari dan ahli-ahli jawatankuiasa yang lain.
Masjid yang saya pilih ialah masjid Jamek Cherok To'Kun Atas ,Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.Bagi kemudahan masjid ini seperti bilik air.Bilik air untuk wanita disediakan bersama dengan tempat mengambil wuduk supaya dapat memudahkan wanita menjaga aurat mereka.Bagi leleki pula bilik air dan tempat wuduk mereka di asingkan.Bagi ruang solat pula disediakan 2 ruang iaitu untuk lelaki dan perempuan.Bagi ruangan perempuan pula pihak masjid telah menyediakan telekung serta kain sejadah.Pihak masjid juga menyediakan bahan bacaan seperti al-quran,kitab-kitab serta kitab bacaan yaasin.Di masjid ini juga menyediakan temat untuk memandikankan mayat.

Aktiviti yang di adakan di masjid ini ialah ibadat berjemaah.Di masjid ini juga di adakan kelas-kelas pengajian seperti mengaji serta kelas kafa.Kelas kafa di jalankan di sebelah masjid.Dengan adanya aktiviti seperti ini ia dapat  memberikan ilmu pengetahuan serta dapat mengurangkan golongan remaja daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Apabila ada aktiviti kenduri secara gotong-royong tukang masak yang di upah akan menggunakan segala peralatan dari masjid.Peralatan yangh di gunakan seperti periuk,pinggan,mangkuk,gelas dan lain-lain lagi.Tukang masak yang di upah adalah orang kampung sendiri.Tambahan pula,masjid juga mengambil kebajikan tentang penduduk kampung yang miskin.Pihak masjid akan mengutip derma dan memberi kepada panduduk kampung yang miskin serta memberi pakaian terpakai kepada mereka.

Masalah yang berlaku di masjid ini ialah  masalh kecurian,kebersihan serta kerosakan.Masalah kecurian seperti kehilangan besi penutup longkang,wang derma serta barang-barang berharga.Selain itu masalah kebersihan juga sering berlaku.Kadang-kala kebersihan tandas tidak di jaga.Masalah utama bagi masjid ini ialah masalah kerosakan.Masalah ini sering berlaku terutamanya apabila terdapat sesuatu acara penting yang ingin di jalankan.Kerosakan seperti masalah mikrofon,lampu,siren menandakan waktu berbuka puasa.Masalah mikrofon yang menyebabkan penduduk kampung sebelah tidak dapat mendengar bunyi azan yang di laungkan.

Penyelesaian masalah yang sering berlaku  ini dapat di atasi .Bagi masalah kecurian  iniia dapat di selesaikan melalui mengupah seorang pengawal keselamatan untuk mengawasi persekitaran masjid.Selain itu,pihak yang bertanggungjawab boleh mengupah orang untuk memasang pagar di sekeliling masjid.Masalah kebersihan dapat di selesaikan melalui mengupah 2 orang pembersih tandas.Untuk masalah kerosakan pihak masjid boleh mengupah seorang teknikal untuk membaiki peralatan yang rosak. Dengan ini segala masalah dapat di selesaikan dan masjid juga dalam keadaan tersusun.

Cadangan saya bagi masjid ini ialah menyusun aktiviti  ataupun merombak semula organisasi lama agar dapat memberi peluang epada golongan muda untuk mentadbir masjid ini.Dengan ini dapat menarik golongan anak-anak muda supaya mendekati masjid serta mengubah diri mereka menjadi seorang yang berguna.Dengan ini dapat mengurangkan segala aktiviti sosial anak muda ini.Malah cadangan saya ialah menetapkan peraturan masjid.Dengan ini orang ramai akan lebih mengikut peraturan agar kebersihan dapat dim jaga dan masjid dalam keadaan yang selesa.

No comments:

Post a Comment